Tuesday, October 21, 2008

Iman Hatiku pt. 7




Kali tok aku nak siarkan gambar2 Iman pada Mac - April 2007. Bulan Februari...sorry...aku sik jumpa gambar ya dalam simpanan. Kelak2 mun jumpa aku post kan k.

Di suatu Isnin...

Pagi marek...pagi Isnin. Suatu pagi yang selalu orang anggap sebagai suatu pagi yang menyeksakan. Ne ndak...dah best relax2 dari hari Sabtu ke Ahad...tiba2 pagi Isnin terpaksa turun kerja..

Pagi marek ...pagi Isnin. Aku bangun awal...bukan sebab semangat nak gi kerja. Ntah...aku pun sik tauk apa yang menyebabkan aku rasa happy jak pagi marek nak bangun awal. Bila matahari dah nait...aku pun mulakan dengan menyidei baju yang dah ku basuh malam sebelumnya. Lepas ya sapu2 rumah sikit. Aku pun sik tauk kenak apa aku tang rasa happy jak hari marek.

Bak kata orang...mun happy...jangan berabis sebab mungkin sekejap gik kita akan bersedih... Emmm, nang benar juak lar kata2 ya. Pukul 12 aku keluar opis. Plan nak ke E-Mart meli bahan untuk jualan nasik. Lebih kurang beberapa meter jak gik nak masuk simpang E-mart...tiba2 Ferrari 'Corolla' merahku padam enjin. Terpaksa la aku berhenti di tepi. Habis laaaa... pengalaman aku yang dolok...bila terjadi benda macam tok...mesti akan melibatkan 'operasi yang menelan banyaaaaaaakk belanja' tok.

Dipendenkkan cerita... hari tok tek aku ke workshop... mekanik madah kereta aku mengalami 'pendarahan dalaman' yang kritikal. Perlu ditukar enjen nya.... Aduuhhhhh.... Emmm...ya jak yang mampu kuar dari mulutku. Apa-apa pun...Terima Kasih Ya Allah kerana menguji aku. Dengan ujian tok...aku tauk Engkau masih menyayangiku. Kuatkanlah aku dalam menghadapi dugaan Mu tok Ya Allah. Aamiiin Ya Rabbul 'Alamiin.

Monday, October 20, 2008

Buah Dabei / Dabai

Buah Dabei...salah satu jenis buah yang sentiasa ditunggu2 oleh kebanyakan masyarakat Sarawak. Berkulit hitam, isinya setebal lebih kurang 1-2 cm jak. Selain daripada isi, terdapat biji yang keras didalamnya. Off course...orang sik telan dengan biji2nya sekali laaa. Tapi...sesetengah orang yang rajin akan 'menetaq' bijinya supaya terbelah dua sebab ada 'treasure' yang amat best di dalamnya.
Ok...kembali kepada Buah Dabei tok... Musim buah tok lebih kurang dari Oktober hingga Disember. Bak kata orang, mun ada Durian...ada la Dabei. Kira macam adik beradik juak la. Cara memasaknya hanya dengan merendam buah dabei tok ke dalam air suam. JANGAN guna AIR PANAS! hasilnya buah tok akan jadi masam. Kalau malas nak sediakan air suam, just letak dalam plastik bag dan jemur di tengah panas. Bila isinya dah lembut...boleh la digaul atau dicicah dengan garam. ada juak yang gaul dengan kicap. Terpulang. Rasanya? Kalau dapat Dabei yang bagus...rasanya lemak-lemak gitu. Sesuai dimakan dengan nasi panas... ish...kecur dah liur ku tok eh..adios!

Isnin lagik laaa....

Assalamualaikum semua... (semua? rami kah pembaca blog 'sukahati aku' tok? hehehe...perasan jak rami heheh)

Emm...hari tok dah Senen balit. Sorry la...sik sempat nak update blog selalu. Insya Allah lepas2 tok aku try update selalu blog ku tok. Ada banyak sebenarnya nak kucerita... tungguuuuu...

Monday, October 13, 2008

Selamat kembali...

Emm...hari tok hari Isnin. Rami rasanya orang dah balik ke tempat kerja masing2 untuk nyambong kerja2 yang tertunggak sepanjang berhari raya least two weeks. Sedar sik sedar dah dua minggu dah kita berSyawal.

Aku, seperti biasa...meneruskan kehidupan aku di Miri tok macam biasa. Cuma rasa agak janggal sikit bila kinek tok...mun aku pulang ke rumah petang-petang...sikda kelibat Iman nyambut aku di pintu rumah. Eiii..rindu benar ku dengan familiku eh. Mun dolok...petang2, ada biniku nyediakan minum petang, kinek tok aku balit kerja...minum petang merangkap makan malamku disediakan oleh pekerja-pekerja restoren sekitar Miri. Sabar...sabar... sik lamak ya. Insya Allah bulan 12 kelak keadaan akan kembali seperti biasa.

Ya Allah Ya Tuhanku, Lindungilah aku dari godaan Syaitan yang direjam...Aamiiin.

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua.

Terlebih dolok, aku sekeluarga nak ucapka SELAMAT HARI RAYA kepada semua kaum kerabat, dari onyang ke datuk nenek. Mak bapak ke Mak bapak mentua, dari kakak abang ke adik-adik. dari Wa (maklong paklong) Udak, Ngah, Anjang, Chik, Moq, Yaq sampeilah ke Usu. Petunggal sekali (first cousin) ...petunggal duak kali and so on. Anak-anak buah sampei ke anak-anak petunggal. cucu-cucu petunggal (ada cousin yang dah pun bercucu) sampeilah kawan2 yang disayangi selalu.

Kamek orang sekeluarga, Awangku Mohamad Nizam, Noraishah, Dayangku Nur Iman Az-Zahra dan Insya Allah coming soon Awangku Muhammad Zahin Ilman Aish Rahman memohon kemaafan atas salah dan silap sepanjang kehidupan tok. Halalkan segala makan minum, terpakei, terambik, tersik bayar etc. hehehe...

Semoga Hari Raya kali tok menjadi sesuatu yang cukup bermakna untuk kita sekalian. Insya Allah.