Tadi petang aku bawak isteriku yang tercinta gi klinik. sebenarnya...semalam lagi dah gi tapi ada la peristiwa yang mengujin kesabaran aku di bulan yang mulia ni terjadi.
Semalam...selepas bersusah payah aku datang ke campus (walaupun aku sebenarnya on leave) semata2 nak gi ambik medical chit utk isteri aku. Nak gi klinik tu pun sebab nak mintak surat kebenaran doktor membenarkan isteri aku naik 'belon' (kapal terbang) untuk pulang ke kuching Sabtu ni. Nak dijadikan cerita, elok2 je aku dapat parking kat depan klinik ni...dan dengan susah payahnya aku isi gak kupon parking (walaupun masa tu jam dah menunujukkan pkul 4.25ptg...lagi 5 minit parking attendant dah nak balik dah). Aku ngan bini aku pun melangkah lah masuk ke klinik tu. elok2 nak bagi IC, kerani tu bagitau doktor baru je keluar. Alamak! camne ni? nak tunggu ke tak? alih2 aku decide nak tunggu. Klinik tutup pukul 5.30. Takpe..ade masa lagi.
Tunggu punya tunggu, doktor masih lagi tak muncul tiba. Tetiba kat kepala aku terpikir plak nak tanya sesuatu kat kerani klinik tu. Aku tanya dia, ada tak apa2 benda yang aku kena bawak ke klinik kalau aku nak mintak surat kebenaran doktor tu? kerani tu pun jawab....'ada, encik kena bawak borang dari khas MAS." Ah sudah! Mana aku nak cekau borang tu! Jam dah nak jejak pukul 5. Alih2 aku pun ajak bini aku blah. Aku rasa...pahala posa aku pun dah tinggal suku je sebab berbakul-bakulnya sumpah aku mengenangkan doktor tu yang masih lagi tak muncul2.
Hari ni, buat kali keduanya, aku menghabiskan beberapa jam cutiku untuk datang ke kampus mendapatkan medical chit untuk kali kedua. Kalai ni aku ambik chit utk klinik lain plak. Malas dah aku nak gi klinik semalam. kecik hati tul...cheewah!
Kat klinik yang satu ni...kerenahnya x banyak. layanan pun best. Tak sampai setengah jam tunggu, dah dapat jumpa doktor. Yang bestnya, aku tak payah pun nak sibuk2 ke pejabat MAS untuk ambik borang. Semuanya dah ada sedia kat klinik. Ini la baru dikatakan effisyen ye tak?
Pengajaran dari cerita aku ni tadi...buat ibu2 yang tengah sarat mengandung, kalau nak naik kapal terbang syaratnya kandungan harus berusia tidak lebih dari 34 minggu untuk Air Asia dan MAS plak 36 minggu. Itupun puan2 perlu dapatkan surat kebenaran dari doktor dulu. Haa...bila nak jumpa doktor, call la dulu klinik tu dan tanya apa yang patut dibawa. Jangan jadi macam aku semalam...hentam keromo je. Dahnya...satu hasil pun tarak.
Ok la...tu je dulu pesanan aku...Chalo babeh.