Wednesday, September 17, 2008

Ok...sambil2 aku kenalkan anak aku...aku nak share skit apa kejadian yang aku dah alami hari ni. Tadi petang aku dijemput untuk sama2 berbuka puasa di cawangan CIMB Wealth Advisor Miri. agak ramai la jugak yang join. Kitorang dihidangkan dengan Nasi Beriani Gam dari Restoran Ala-Mak. Mantap oooooo.... ada lauk ayam masak merah...ada lauk daging dan ada gak lauk favret aku..lauk 'kambin' bak kata orang Sarawak.

Aku bukan la nak ngada2 share cerita yang x menarik minat korang tapi apa sebenarnya yang aku nak share ialah berkenaan tayangan video yang dihidangkan kepada kami selepas solat maghrib tadi. Penah dengar dokucerita 'THE SECRET'? Pergh...dokucerita yang betul2 kelassss. Nak tau apa ceritanya? korang gi la carik sendirik. Aku dah plan...esok2 aku nak gi cari DVD and aku nak tayang kat anak2 murid aku. biar diorang plak rasa 'goosebump' yang aku rasa tadi. Semangat gila bila tengok dokucerita tu tadi. Tambah2 plak ada sorang Wealth Advisor dari KL dok cerita pengalaman dia sebelum dan selepas tengok docucerita tu...lagi tambah semangat aku nak menjadi Wealth Advisor yang tersohor ni.

Kot ada yang pening nak tau apa itu CIMB Wealth Advisor, Insya Allah aku boleh cuba ternagkan setakat apa yang aku faham. Tapi...isi penting dalam posting aku kali ni ialah...'The Secret"...

No comments: