Wednesday, November 26, 2008

Masa terbaik menasihati anak...

Menasihati Pada Waktu yang Sesuai Untuk mendapat kesan yang optimum di dalam mendidik anak-anak, pilihlah masa yang sesuai dan tepat untuk berkomunikasi dan menasihati mereka.

Masa Untuk Menasihati Anak-Anak

1) Di atas sejadah selepas solat berjemaah bersama
Saya pernah berjemaah di rumah seorang sahabat saya yang mengamalkan solat jemaah, dan selepas dari solat, bapa nya berpusing dan memberi nasihat pada anak-anak. Ada kesilapan anak2 ditegur secara munasabah dan saya fikir masa ini fikiran anak sangat mudah untuk menerima nasihat? Patutla adik beradik dia baik2 aje

2) Sebelum tidur malam
Kerana waktu itu mereka amat mudah untuk menerima nasihat teknik org Jepun kan utk melatih otak kanan anak berfungsi lebih baik adalah berbicara semasa tidur2 ayam kan? Mungkin betul adalah saat yang baik utk menasihati anak, bgtau dia esok kita mahukan dia menjadi lebih baik dari hari ni. Saya berharap saya akan selalu menemani anak2 ke katil tidur sebelum mereka tidur sehingga mereka besar kerana sebelum tidur, masa saya kecik2 dulu saya terfikir mcm2

3) Sebelum melangkah ke sekolah (nasihat yang ringkas)
Walaupun anak2 akan terasa bosan tapi takde salahnya kita memberi kata perangsang supaya dia lebih bersemangat lagi utk menimba ilmu. Paling tidak pesan pada anak, "Kakak, nnt balik ajar umi ye kakak belajar apa kat sekolah nanti?"

4) Pada waktu berehat yang santai, berehlah dan berehat selepas riadah
Saya fikir tak perlu lagi dihuraikan kerana ketika santai2, sekiranya anak2 selesa dgn kita, mereka akan bercerita dan fungsi kita adalah merespon? pada saya memuji akan tindakan baik juga merupakan satu nasihat atau lebih kepada dorongan agar dia akan terus menjadi baik lagi selepas itu

5) Di dalam kenderaan
He he, time nih anak2 takde pilihan lain selain kene dengar jugak kita menasihat. Takkan nak terjun kereta pulakkan? tapi jgnla dalam keadaan kita marah ke, atau perasaan nak membebel kuat?nanti nasihat dah jadik lain pulak kan

6) Selepas menonton sesuatu rancangan atau cerita di tv
Simpulkan pengajaran yang dapat diambil daripadanya Pastikan la kita ajar anak dari kecik lagi jgn tgk cerita2 merapu. Kalau mertua saya, dia hanya tgk berita aje. Suami saya mungkin longgar sikit tapi persamaan antara dia dgn mak dia adalah time iklan ke, atau time ade artis menyanyi ke, dia akan tukar ke channel lain. Lagi satu, ada saya perasan anak2 saudara saya, masa TV tunjuk gambar cium2 ke, anak2 dia pandai tukar channel lain, kalau yang pegang remote buat tatau je, yang lain akan kata "Tukar la, tak baik tengok tu,".. patutla saya tgk parents diorang tak de sama pun masa tgk TV langgan ASTRO lagik rupanya anak2 dia dah pandai jaga mata.

7) Apabila ibu atau bapa hendak meninggalkan anak untuk jangka masa yang lama
Yang ni penting sbb kita akan meninggalkan mereka dan kita tau masanya agak lama? maka kita patut tinggalkan pesan supaya mereka jaga diri? Teringat sangat ada satu hari tu saya nak tinggalkan anak2 saya semalaman dgn nenek diorg sbb kene gi KL? Dari Jerteh tu, sampai ke Machang baru la berenti nangis sbb sedih sangat first time tinggal diorg. Memang la saya pesan itu ini tapi anak saye kan baru setahun setgh dgn dua thn setgh? Ntahkan dia faham ke tak walaupun bukan main lagi diorg angguk masa saya cakap?

8) Apabila anak sakit/demam
Juga ketika ini, anak2 tak dapat lari dari mendengar kita memberi nasihat. Mereka perlukan kasih sayang kita semasa dalam kesakitan, jadi berdampinglah dgn mereka ketika mereka demam,sakit supaya mereka tak rasa keseorangan dalam menghadapi kesakitan dan bicaralah yang baik2 semoga mereka tahu yang kita sangat lembut kepada mereka?

Kaedah ini, tidak hanya digunapakai oleh golongan mak-mak aje malah abahnya jugak perlu belajar utk menasihati anak secara baik. Biasakan mereka dgn pesanan dan harapan kita. Insya ALLAH mereka akan memahami kasihnya kita kepada mereka.

Diulang terbit dari Facebook G-Pan

No comments: